Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya
terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila
Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa
hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum
ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus
mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia
benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang
lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya
diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan
menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara
dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri.
Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?
Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani
Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri
“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi

My Review :
First time baca hasil karya Syahirah Ibrahim. Before ni novel dia memang tak pernah beli. Suke bahasa dalam novel ni..simple...
Amnani, anak angkat pada keluarga Hakimi dan dalam masa yang sama dia simpan perasaan pada Hakimi. Pada saat Hakimi melamar Nani, dia rasa gembira dan berharap ianya jadi kenyataan. Tapi bila dia terdengar apa yang Hakimi cakapkan pada seseorang dia kecewa, sebab Hakimi sebenarnya berpura2 suka pada dia.
Amnani ni seorang yang kalut, cepat panik tapi berani. Dia berkenalan dengan Zhafri masa kejadian kemalangan. Bermula dari pertemuan itu, mereka kerap bertemu dan macam2 peristiwa yang berlaku. Zhafri memaksa Nani mengikutnya pulang dan terus menyatakan ingin berkahwin dengan Nani.
Walaupun puas Nani menolak tapi akhirnya dia terpaksa menerima kerana memikirkan masa depannya yang tak tentu bila dia dihalau dari rumah Hakimi dan tiada tempat perlindungan. Sejak berkahwin pasangan Nani dan Zhafri ni asyik bergaduh tapi sweet je rasa diaorang ni gaduh. Sebab apa saya kata sweet, kenalah baca. Tapi ada rahsia yang Hakimi & Zhafri sorokkan dari Nani. Apa dia? Nani diberi pilihan antara Chocolate Mousse dan Cheese Cake..tapi mana 1 jadi pilihan hati? Ha, memanglah kena baca...
Macam mana nak order, boleh baca kat Sini (Buku Prima)
"Selamat Membaca..."
3 comments:
Nantikan novel cinta yang penuh dengan rintangan, memori indah dan kasih sayang terlarang yang diadaptasikan ke dalam Bahasa Melayu.
'Cinta di Kamsa Hamnida' ditulis Bad Yong Jun.
Nantikan di pasaran...
hahaha..iye2 je en bad
Tengah dok baca novel ni, baru beli. Memang best tapi dok cari novel Bilik 616...
Post a Comment