Wednesday, February 13, 2013

Review Novel : Seindah Hujan Cinta (SHC)




Tajuk : Seindah Hujan Cinta (SHC)
Penulis : Qash Shazwani
Harga : RM 21.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”  
                                                      
Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.   
     
“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”
“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”
“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”
“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”
“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”
“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”
“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya

My Review :

Novel ni pasal Aneesa yang bergelar isteri kedua kepada Abu Wasim (suami kakak angkat dia). Silalah percaya bahawa kakak angkat (Zarita) dia sendiri yang pinang Aneesa untuk husband dia ya! Semua sebab Zarita yang bekerja sebagai model tak nak mengandung & beranak sedangkan husband dia nak sangat anak. So dia harapkan bila Aneesa kahwin dengan husband dia, dapatlah dia tunaikan hajat suami dia yang nak anak. Oh my...sabar je dengan Zarita yang sangat selfish ni.
 
Pada mulanya Aneesa memang tak nak kahwin tapi setelah dirayu berkali2 oleh Zarita dan Abu Wasim akhirnya dia mengalah demi kakak angkat kesayangan. Aneesa sangat2 terhutang budi dan sayangkan Zarita sampai sanggup korbankan masa depan sedangkan dia baru berusia 19 tahun.

Abu Wasim bawa Aneesa tinggal serumah dengan Zarita tapi Aneesa dan Zarita ni cool je. Tak kisah dan tak gaduh langsung. Hadirnya Aneesa kat rumah tu tak lebih macam orang gaji, masak, mengemas, membasuh & segala kerja2 rumah. Abu Wasim ni bila asyik pandang & dapat layanan yang baik dari Aneesa mula la rasa sayang dan berikan perhatian pada Aneesa. Tapi Aneesa ni sangat menghormati Zarita, bila ada Zarita kat rumah sebab cuti dia langsung tak tunjuk muka & bermesra dengan Abu Wasim.

Suatu hari tengah Aneesa & Abu Wasim ni bergurau senda, Zarita nampak & mulalah sifat cemburu dia..Start dari tu makin banyak konflik.. dengan Zarita, Abu Wasim, ibu mentua...What happens next? U all kena baca ok. Saya agak tak sangka cerita ni agak menarik, mungkin sebab jalan cerita ni lain skit dari yang lain.

Order online kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3, postage percuma ya..

Monday, February 11, 2013

Review Novel : Chocoloate Mousse vs Cheese Cake (CMVCC)


Tajuk :Chocoloate Mousse vs Cheese Cake (CMVCC)
Penulis : Syahirah Ibrahim
Harga : RM 19.90
Penerbit : Buku Prima
Sinopsis / Blurb :
Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?

Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani

Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri

“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi

My Review :

First time baca hasil karya Syahirah Ibrahim. Before ni novel dia memang tak pernah beli. Suke bahasa dalam novel ni..simple... 
 
Amnani, anak angkat pada keluarga Hakimi dan dalam masa yang sama dia simpan perasaan pada Hakimi. Pada saat Hakimi melamar Nani, dia rasa gembira dan berharap ianya jadi kenyataan. Tapi bila dia terdengar apa yang Hakimi cakapkan pada seseorang dia kecewa, sebab Hakimi sebenarnya berpura2 suka pada dia.
 
Amnani ni seorang yang kalut, cepat panik tapi berani. Dia berkenalan dengan Zhafri masa kejadian kemalangan. Bermula dari pertemuan itu, mereka kerap bertemu dan macam2 peristiwa yang berlaku. Zhafri memaksa Nani mengikutnya pulang dan terus menyatakan ingin berkahwin dengan Nani. 
 
Walaupun puas Nani menolak tapi akhirnya dia terpaksa menerima kerana memikirkan masa depannya yang tak tentu bila dia dihalau dari rumah Hakimi dan tiada tempat perlindungan. Sejak berkahwin pasangan Nani dan Zhafri ni asyik bergaduh tapi sweet je rasa diaorang ni gaduh. Sebab apa saya kata sweet, kenalah baca. Tapi ada rahsia yang Hakimi & Zhafri sorokkan dari Nani. Apa dia? Nani diberi pilihan antara Chocolate Mousse dan Cheese Cake..tapi mana 1 jadi pilihan hati? Ha, memanglah kena baca...
 
Macam mana nak order, boleh baca kat Sini (Buku Prima)
 
"Selamat Membaca..."

Review Novel : Dandelion Ditiup Angin (DDA)


Tajuk : Dandelion Ditiup Angin (DDA)
Penulis : Aidah Bakri
Harga : RM 20.00
Penerbit : Jemari Seni
Sinopsis / Blurb :
Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia

Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.
 
Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

My Review :

Novel ni merupakan novel ke-2 Aidah Bakri yang saya baca. Memang best novel ni. Masa baca boleh touching2 plak. Adeh, sape2 yang jiwa sensitip tu boleh sediakan tisu masa baca ya.

Kisah seorang wanita (Dini) yang lari membawa diri selama 10 tahun ke luar negara kerana dihalau oleh suami sendiri. Dah la kahwin kerana fitnah, mak meninggal dunia selepas dia menikah, dengan tak dapat hantar mak dia masa dikebumikan then kena halau plak dengan suami. Oh, leleh kut air mata...

Lepas kena halau tu Dini pregnant tapi dia rahsiakan kehadiran baby tu..baru sahaja bersalin 10 hari, anak dia meninggal. Dia bina hidup baharu dengan sambung pelajaran kat Ireland dan kerja kat sana. Bila ibu angkat dia suruh balik dia fikir yang dia dah ckup kuat untuk hadapi segala kemungkinan yang tiba. Tapi pertemuan semua dengan suami dia (Rifqi) ternyata menjadikan dia lemah semula.

Banyak peristiwa yang terjadi...tak nak ulas panjang2 nanti korang tak rasa berdebar nak baca. tapi thumbs up untuk Aidah Bakri sebab dapat membangkitkan perasaan masa baca novel ni..

Klau nak baca bab awal klik link kat bawah ni.
 Baca bab awal
Kalau nak order online boleh order kat Jemari Seni dapat diskaun 20% then klau order 2 buku ke atas free postage..

Friday, February 08, 2013

Review Novel : Kisah Naz dan Khaalish (KNK)



Tajuk : Kisah Naz dan Khaalish
Penulis : Hanina Abdullah
Harga : RM 22.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

“Technically? Technically?!”

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”

Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”
 
My Review :
Akhirnya novel ini berjaya di genggam! Ye la sekian kalinya menunggu. Hehehe...Sebelum ni duk follow kat blog je. Sanggup ke Pesta Buku 1 Malaysia tau. Sebab special keluar masa tu. Memang menarik la jalan cerita, mungkin orang kata jalan cerita yang lebih kurang sama dengan jalan cerita novel lain. Perhubungan yang di uji & the end bahagia. Yess....memang la. Klau ending sesuatu buku tu tak menarik mesti la orang tak nak beli, btul tak?
Apa yang menarik dalam novel ni adalah tempat! Sebab selalu dalam novel orang akan buat pergi tempat yang sangat cantik dan menarik contoh macam Paris, UK. Tapi novel ni tak, cerita Hanina kali ni berlatarbelakangkan Luang Prabang, oh sumpah tak tau kat mana. Tapi bila baca duk terbayang situasi kat sana. Situasi yang hampir sama macam di Vietnam. So terimaginasi tersendiri la..
Dalam novel ni juga kita boleh tengok seorang lelaki yang sibuk membalas dendam pada perempuan lain hanya kerana kecewa dengan bekas teman wanitanya. Bagaimana kerana seorang perempuan juga dia berubah tapi itu hanya sebagai penyebab kerana bila hidayah Allah itu datang sesiapa juga boleh berubah.
 Seorang ibu yang overprotective tapi ayah yang penyayang dan tetap support apa juga yang dirasakan betul oleh anaknya. Juga seorang ayah yang boleh dikatakan berkeinginan tinggi untuk berbesan dengan jutawan, sehingga sanggup 'menggadaikan' kebahagiaan si anak.
Bila berumahtangga pula, perhubungan yang dilanda badai dan diuji. Namun dengan sokongan dari ibu mentua yang bagi saya sangat sporting dan penyayang sebenarnya membuatkan Naz berjaya  melaluinya. Cukup la ulas ni...korang kena baca sendiri tau...tunggu order buka dari http://karyaseni.com.my/ nanti...mungkin hujung bulan nanti.

Tuesday, February 05, 2013

Review Novel : Dah Jodoh (DJ)





 
Tajuk : Dah Jodoh (DJ)
Penulis : Iman Nizrina
Harga : RM 18.00
Penerbit : Kaki Novel
Sinopsis / Blurb :
Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”
 
My Review :
Okey, novel ni plak yang saya nak review. Mula2 rasa mcam 'alahai command nyer cite. Mesti lpas kena tangkap basah diaorang ni tangkap cintan plak'. Memang btul pun. Tapi apa yang menarik adalah cara jalan cite ni disampaikan. Rasa boleh terima..
Mula baca, perghhh...geram giler dengan Hasni (bakal tunang Nasira) macam tak de perasaan bersalah je bila curang dengan Nasira ni. Part yang sedih juga bila mak & abang Nasira ni tak percaya langsung pada Nasira tapi lebih percaya pada Hasni tu. OH, please la.. Yang Hasni boleh plak pusing cerita kata Nasira yang curang..masa baca part ni macam nak luku2 je kepada Hasni. Emo tak? Hehehe..tapi dia tetap gak kejar si Nasira ni.
Nasira ni beruntung juga sebab ada orang lain disekeliling yang masih sokong dia. Walaupun kahwin tu atas dasar keterpaksaan tapi yang best mentua dia memang sporting & terima Nasira ni macamlah itu isteri pilihan Nuqman (anak dia). Nasira pun sangat sayang keluarga mentua dia ni. Nuqman pun tak de la dera atau pandang semacam kat Nasira ni. Cuma mungkin masing2 ambik masa untuk kenal satu sama lain. Nuqman & Nasira ni pasangan yang macam 'just follow the flow' je tau...
Nuqman sangat menjaga Nasira, almaklumla Nasira ni rupanya seorang yang pelupa, kalut, kelam kabut...bila baca ada la part2 yang lawak tentang Nasira...Tapi itulah yang Nuqman suka tentang Nasira. Perkahwinan yang masih muda ni diduga tapi yang penting happy ending..
Dah2..kena baca sendiri baru korang rasa feel.. Nak order online pun boleh, lagi untung rasanya... beli la kat http://kakinovel.com/

Monday, February 04, 2013

Review Novel : Teduhan Kasih (TK)


Tajuk : Teduhan Kasih (TK)
Penulis : Marissa
Harga : RM 22.00
Penerbit : Karya Seni


Sinopsis / Blurb :
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
 
My Review :
Novel ni pasal kehidupan Iffa, seorg wanita yang diceraikan ketika dia mengandung. Ini semua sebab Ryzal, husband si Iffa ni kahwin dengan kawan baik Iffa, Ayu. Jahat betul pompuan ni...tetiba emo. Hahaha...
Dengan mak tiri, kakak dia yang selalu duk buli Iffa ni. Suka momok kan Iffa ni dengan cakap anak yang Iffa kandung tu anak haram / anak luar nikah, sebab tu Ryzal ceraikan dia. Masa sakit nak bersalin mak tiri Iffa ni buat tak tau & Iffa terpaksa jalan kaki untuk pergi hospital. Dari situ la dia mula kenal Ehsan. Pertemuan yang kali pertama ni la yang buatkan Ehsan jatuh cinta dan mula kenal bahagia. Ehsan ni pula seorang lelaki yang sangat2 sosial, mabuk & perempuan tak payah cakap. Memang hobi dia dah. Tapi sejak dia tengok kesusahan Iffa nak bersalin tu dia insaf dan mula berubah.
Hm..konflik yang tak bape berat kut tapi memang best la. Ada banyak konflik lain yang melibatkan mak tiri, kakak tiri dan juga Ayu yang masih tak habis2 menganggu Iffa ni. Juga boleh lihat macam mana seorang lelaki berubah cuba menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Pendorong dia hanya seorang wanita & bayi...really enjoy baca walaupun ada masa touching2 gak.
Kalau ada orang komen kata novel ni tak best, memang silap la. Giler, kalau korang rasa novel ni tak best. Aci tak nak bagi 5*? Novel ni bakal di dramakan okey. Hero a.k.a Papa Ehsan adalah Ady Putra...pergh.. tak sabar nak tunggu drama. Ha, lagi satu, kalau tak best takkan la bos Karya Seni kata boleh buat sambungan Novel...dengar2 penulis dia kata akan keluar dengan tajuk 'Papa Ehsan'
 
p/s : Gambar kat bawah ni gambar masa sesi 'Papa Ehsan' bertemu peminat lepas pengumuman pasal drama Teduhan Kasih tu masa Pesta Buku 1 Malaysia...
 
 

Review Novel : Untuk Semua Dosaku (USD)




Tajuk : Untuk Semua Dosaku (USD)
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM 22.00
Penerbit : Kaki Novel
Sinopsis / Blurb :
Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”

“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.

“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa.

“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.

“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”

“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”

“Lisa!”

“I better get going before things become worse.”

“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”

“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get yourself ready.” - Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?

Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?
 
My Review :
Cerita yang menarik berlatarbelakangkan kehidupan Nur Lisa, seorang wanita yang memang selamba dkat Jerman, tak hirau dosa pahala sangat cuma tak la sampai melakukan hubungan seks bebas. Niat nak pindah rumah sebab nak melarikan diri dari lelaki yang selalu kejar & juga suasana kediaman yang dia tak suka. Bila dan pindah rumah & dapat tau yang roommate tu lelaki. Dia buat tak kisah dan terus juga tinggal kat situ. Perhubungan yang asalnya roommate akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih.
Hubungan antara Nur Lisa & Syed Azri ni memang teguh la, walaupun ada yang cuba cucuk jarum tapi diaorg buat ala2 tak port je. Tapi ada kejadian yang menyebabkan Nur Lisa tiba2 berubah 360 darjah..peristiwa ape? kena la baca. Mana boleh duk cite semua kan. Tapi perubahan tu Syed Azri memang tak boleh terima. Asyik bergaduh2 sehinggalah tiba2 Nur Lisa ambik keputusan untuk tinggal kat tempat lain sampai habis study.
Tapi, ye lah orang kata 'Kalau Jodoh Tak Ke Mana' akhirnya diaorang bertemu semula dalam suasana yang tak disangka...
Tak nak review banyak2 tapi cite ni memang best... rating 4* boleh? hehehe..sebaba cara penyampaian yang best dan mungkin sebab saya suka cerita yang watak dia jahat then tiba2 berubah kepada yang lebih baik kut..tapi memang best la sebab ada kenalan saya siap mintak belikan & suruh pos kat Miri lagi.
Enjoy it! Boleh beli secara online kat http://kakinovel.com/