Review Novel : Teduhan Kasih (TK)
Tajuk : Teduhan Kasih (TK)
Penulis : Marissa
Harga : RM 22.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
"Kau ingat dengan anak ni
kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak
kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap
ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman
baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini.
Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia
ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh
kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan
di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku,
kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini.
Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti
hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah
keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana
lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai
separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki
yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan
adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan
saja kami menumpang teduh.
My Review :
Novel ni pasal kehidupan Iffa, seorg wanita yang diceraikan ketika dia mengandung. Ini semua sebab Ryzal, husband si Iffa ni kahwin dengan kawan baik Iffa, Ayu. Jahat betul pompuan ni...tetiba emo. Hahaha...
Dengan mak tiri, kakak dia yang selalu duk buli Iffa ni. Suka momok kan Iffa ni dengan cakap anak yang Iffa kandung tu anak haram / anak luar nikah, sebab tu Ryzal ceraikan dia. Masa sakit nak bersalin mak tiri Iffa ni buat tak tau & Iffa terpaksa jalan kaki untuk pergi hospital. Dari situ la dia mula kenal Ehsan. Pertemuan yang kali pertama ni la yang buatkan Ehsan jatuh cinta dan mula kenal bahagia. Ehsan ni pula seorang lelaki yang sangat2 sosial, mabuk & perempuan tak payah cakap. Memang hobi dia dah. Tapi sejak dia tengok kesusahan Iffa nak bersalin tu dia insaf dan mula berubah.
Hm..konflik yang tak bape berat kut tapi memang best la. Ada banyak konflik lain yang melibatkan mak tiri, kakak tiri dan juga Ayu yang masih tak habis2 menganggu Iffa ni. Juga boleh lihat macam mana seorang lelaki berubah cuba menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Pendorong dia hanya seorang wanita & bayi...really enjoy baca walaupun ada masa touching2 gak.
Kalau ada orang komen kata novel ni tak best, memang silap la. Giler, kalau korang rasa novel ni tak best. Aci tak nak bagi 5*? Novel ni bakal di dramakan okey. Hero a.k.a Papa Ehsan adalah Ady Putra...pergh.. tak sabar nak tunggu drama. Ha, lagi satu, kalau tak best takkan la bos Karya Seni kata boleh buat sambungan Novel...dengar2 penulis dia kata akan keluar dengan tajuk 'Papa Ehsan'
p/s : Gambar kat bawah ni gambar masa sesi 'Papa Ehsan' bertemu peminat lepas pengumuman pasal drama Teduhan Kasih tu masa Pesta Buku 1 Malaysia...
No comments:
Post a Comment