Wednesday, March 18, 2009

Perubahan...

Bertemu kembali di tahun 2009 ini. Maaf terlalu lama tidak menulis blog...terlalu banyak kekangan dan halangan. Tp kini Alhamdulillah...sedang belajar menyusun semula masa yg ada.Manusia ni kalau ikut 24 jam tu memang takkan cukup tetapi sebenarnya bagaimana kita menyusun dan mengatur penggunaan masa tu.

Alhamdulillah dan syukur sangat2 bila diri ini diberi peluang untuk melangkah setapak lagi ke hadapan.Thanx a lot pada teman rapat ku yang membuka ruang dan memberi peluang untuk sama2 maju ke hadapan.Tapi untuk permulaan ini aku masik memerlukan bimbingan dan dorongan untuk berjaya. So grab my hand and guide me so that I also can success just like u...

Semoga dengan restu from my beloved mom, anaknya ini akan berjaya dalam bidang yang sedang diceburi. Berusaha keras untuk mencapai cita2 dan impian di masa hadapan.Dan apa yang terjadi kini tidak akan mematahkan semangat ku.

Wednesday, July 04, 2007

Kawan ke lawan???

Macam2 hal manusia ni. Salah ke kalau kita saling tegur menegur utk kebaikan? Rupa2 nyer apa yg ku fikir akan m'bw kebaikan t'jadi sebaliknya, ianya m'dtgkn keburukan. Persahabatan yg t'bina hampir 7 thn kini musnah hanya krn seorang insan b'gelar lelaki. Sgguh ku x duga ini yg menimpa tali silaturahim ini. Bahkan diriku diugut sebegitu rupa...

Ku kecewa dgn mu sahabat! Biarlah ku tegaskan di sini, hatiku sudah cukup terluka jgn kau harap yg hubungan kita akan seperti dulu.Biarlah luka ini pulih dahulu namun parut nyer akan kelihatan smpi bila2.

Tp x mengapa lah..baik ku sibukkan diri dgn tugas2 yg sedia menimbun ni. Dah bape ari ni asyik blk pkul 9 mlm je. Byk nyer nk kna settle, maklumlah student baharu dah masuk kat Fakulti ni. I have to prepare a lot of thing. By next week lg byk keje coz student lama dah masuk skali...

But masih smpat utk tgk movie & joint tournament bowling. He he he...Siap jadi juara bowling lg!Kelas tau! Bln ni plak ada ping pong, ape lg..main gak...bukan ler terror pun main just for fun...got to go.....

Wednesday, April 25, 2007

Minggu2 yg penuh dgn xtvti

Hai, b’temu lagi utk blog kali ini. Hampir sebulan sesi penulisan ini t’henti krn diriku agak sibuk dgn Kejohanan Sukan Staf yg sedang b’langsung b’mula dr 2hb April and it will be end by 11hb May. Actually malas nak masuk sukan ni tp memandangkn dah x de wakil kena la turun juga. Klau 1 @ 2 sukan yg involve x pe juga, tp ni smpi 5 dah macam gila kuasa pula.He he he…Masuk netball, badminton, volleyball, ping pong and bowling…tp semua tu bkn terror sgt main. Setakat nak suka2 tu boleh ler…netball dgn badminton dah main but dpt tmpt ke-2 je…right now game volleyball tgh jalan…ms training dlu, smpi bengkak2 tgn…tp skrg ni kira dah ok ler.He he he..

Bowling dgn ping pong mgkin mggu dpan, jadual t'kini x dpt lg. Sukan pun sukan gak but keje hakiki kena jalan juga…waktu sukan dari pkul 3.00 ptg smpi mlm…faham2 je la waktu tu matahari tgh atas kepala…abis kulit t’bakar.Time ada sukan gi sukan but after that masuk balik opis sambung keje…sabtu dan ahad pun sama, tambah2 pulak student tgh final exam so mmg kna standby la…

Monday, April 02, 2007

Dugaan & Pengalaman

Hai, dh lbh sebln ku tinggalkn blog ni lantaran ms yg t'batas & mungkin krn diriku yg kurang mahir m'bahagikn ms yg sedia ada.Tmbhn pula my mom br klua dr hospital krn masalah jantung+drh tinggi+kolestrol yg tggi. B'mula dgn pemeriksaan kesihatan yg biasa pd setiap bln, Dr. mula menyuarakn kebimbangn mengenai degupan jantung yg x stabil. Lantas Dr. meminta pemeriksaan lanjut dilakukn di hospital.

Pd ms itu aku sndri sibuk b’gilir2 dgn my sis & my brother in law utk jg ank dia (br 8 bln) yg dah 3 ari kat spital krn cirit-birit yg teruk. Setiap ari sms waktu rehat & plg dr keje tmpt utama yg ku tuju ada spital. B’blk pd my mom, stlh pemeriksaan dilakukn Dr. decided nk tahan my mom. Ms tu dh mmg x blh nk fikir apa2 dah. Dgn ank buah yg masih kat spital yg tgn nya dicucuk dgn jarum, tgk pula my mom yg bdn dia pnuh b’selirat dgn wayar2. Klau x sabar ms tu, x tau la apa jadi…

Kwn2 kat ofis mula pelik coz tepat2 pkul 1 dgn pkul 5 aku dh ilang sdgkn slalu rehat sm2, waktu blk pn slalu lmbt. Aku sbnr nya mlas nk bgtau sape2 coz takut aku yg x tahan air mata. X tau nak cite dgn sape…sian kan? Tapi aku x blh idup semata2 krn kesian. Blk keje, jg mak dgn anak buah kat spital smpi abis waktu melawat. Waktu mlm x blh jaga coz my mom kat intensive unit. Kesian dia sorg2 kat spital. Bygkn seminggu lbh aku mcm tu.

Blk umh dh pkul bape, sibuk plak masak utk adik2+abh, basuh kain, kemas umah dan segala keje umah yg selama ni kdg2 buat kdg2 x.Spnjg mggu tu mmg x blh duk sorg2 klau x, huh…meleleh air mata. Sensitif kn aku? Yelah risau sgt…maklumlah itu satu2 nyer my mom. Kna tidur lewat, bangun plak kna awl…Dgn keje ofis yg ku angkut blk ke rumah coz kna settle kn cpat…mggu yg penuh dgn meeting2.

Akhir hikmah yg ku dapati dr peristiwa itu, famili aku lbh rapat & lbh m’hargai antara 1 sm lain. Sblm ini, kitaorg mmg dah sedia rapat tp kini lbh erat + saling menghargai. Menurut kt membe2 lain aku sndri dh mula b’ubah..lbh penyayang..erk…iye ke?Rs nyer x kut..still the same person!

Monday, February 12, 2007

Lega nyer...

Hai, b'temu lagi utk blog pada kali ini. Lama sgguh x menulis blog. Rasa2 nyer ada 2 bln kut.Biasa la keje itu pentingkan? Byk sbnr nyer yg nak diceritakan but must be slow n steady. 2 bln yg lepas masa yg t'luang byk dihabiskan dgn kerja yg menimbun. Keje sendiri lg, kerja org lain yg ditanggung ats sbb amanah yg ditinggalkan. Ye la keje utk 3 org dibuat oleh ku seorg. Alhamdulillah ianya dpt dipikul dgn sokongan padu kwn2 & sikap keterbukaan bos.

Tp mmg kesian kat my mom, dia mula la merungut x ada org nak bw dia keluar ujung minggu, x de kwn dia nk borak. But what to do..ada keje yg perlu disiapkan. Tmbh2 plak br2 ni, tmpt keje sibuk dgn Sistem Pengurusan B'kualiti atau dikatakan sebagai MS ISO 9001:2000. Alhamdulillah stlh b'tungkus lumus akhirnya apa yg dicitakan tlh m'jd kenyataan.

Dan secara rasminya pd 09.02.07 pihak SIRIM telah mengumumkan bahawa tempat keje ku telah lulus dan layak m'dpt sijil MS ISO 9001:2000. Dgn pengumuman t'sbut maka, beban tugasku akan b'kurangan (InsyaAllah) kerana ku hanya perlu maintain segala ape yg tlh dipraktikkan.

Cukup la rasa nyer smpi kat sni dlu...InsyaAllah jika diberi peluang dan ruang yg lebih blog ini akan terisi lagi dgn crite yg ntah ape2 ntah... :P

Thursday, December 14, 2006

Suatu hari nanti...

X dpat ku bayangkan seandainya rezeki aku akan terhenti di tempat keje aku sekarang ini. Pasti urusan pejabat akan kucar-kacir & aku sendiri akn kehilangan punca p'dpatan. Pd mulanya aku x pernah t'fikir langsung mengenai perkara ini sehinggalah salah seorg rakan aku menyuarakan kebimbangan bahawa kontrak akan tamat.

Betul juga apa yg disuarakan kerana aku sendiri telah masuk tahun kedua kontrak. That means masa utk aku hanya tinggal kira2 setahun setgh sahaja lagi. Pihak pentadbiran pula telah menyatakan bahawa selepas kontrak tamat, tiada lagi kontrak yg akan disambung. Sadis....PTPTN, kereta, belanja bulan, saving?????

Bln ni dan utk tempoh 2 bln yg akan dtg ni, beban kerja aku x payah cakap pun aku dah tau. Salah sorg staf dr unit aku akn b'salin & setrusnya brenti, sorg lagi akn pergi menunaikan haji.Tinggal aku dgn sorg staf baru. Aku kna jd PA pd bos, pegawai & dlm masa yg sama kena buat kerja hakiki. Mana nak ajar staf baru lagi..Peh...sah2 x rest ni. Tapi redha je la....

Friday, December 08, 2006

Semoga Perasaan Ini Bakal Berlalu....

Dah lebih kurang 3 minggu aku tak berkesempatan utk menulis diruangan blog ni.Lgpun tiada yg menarik utk dikongsi, cuma dalam minggu ini aku sedikit gelisah, berdebar2 dan tidak sedap hati.Puas ku cari punca kenapa aku berperasaan sedemikian namun hampa. Surah2 dari Al-Quran juga turut ku baca bagi meredakan perasan ini, Alhamdulillah ianya berkurangan namun ia masih tidak hilang sepenuhnya.

Perasaan sebegini biasanya kurasai bila ada insan2 yg ku kenali sedang sakit @ kemalangan. Na'uzubillah! Ku berharap itu semuanya tidak benar. Tapi perasaan ini menyebabkan aku sukar utk melelapkan mata. Jam 3, jam 4, jam 5 pasti aku akan terjaga. Mungkin kerana tidur yang sering terganggu dan rehat yg tidak mencukupi menyebabkan tekanan darahku menurun. Menurut pegawai kesihatan tekanan darah normal adalah antara 90 ke 120 (kalau tidak salah pendengaran) tapi tekanan darah ku 92 menghampiri paras tekanan darah rendah.

Aku berharap keadaan ini tidak berlarutan dan menjejaskan aktiviti harianku. Mungkin Allah sedang menguji aku, samada ku tabah menghadapi tekanan emosi atau tidak dan meminta agar aku melakukan ibadah2 sunat. InsyaAllah! Kerna aku tau aku bukan yg terbaik namun tetap cuba berusaha ke arah itu.

Monday, November 27, 2006

Continue From the Last Episode...

Start dari hari tu, makcik tu akan tahan kereta aku hampir hari semata-mata nak tanya aku macam2. Sampai aku rasa dah malas nak lalu depan kedai dia tapi tak boleh sebab itu je laluan paling dekat utk gi kerja.

Yg aku tak faham tu, kenapalah dia bersusah payah utk aku yg tak ada kena mengena dengan dia ni. Sedangkan dia sendiri ada anak dara lain kenapa tak nak kenen2 kan dgn anak2 dia je. Kalau aku ada BF pun takkan ler aku nak gi tayangkan semua orang. Ada juga hal peribadi yang tak perlu orang lain ambik tau. Even my parents pun tak penah tanya aku ada BF ke tak, siapa BF aku tau.

Dari minggu lepas ada la juga no telefon yang pelik2 keluar kat handphone, ape lagi memang tak jawab ler call tu. Fobia beb! Dan aku rasa sah2 anak makcik tu dah bagi no aku kat mamat tu sebab dia yg sibuk tanya ada tak orang telefon aku. Nak gi balik keje sekarang ni pun dah rasa semacam je. Takut terserempak dengan mamat tu! Kerja giler btul makcik tu. Itulah campur dengan masyarakat salah tak campur pun salah.....

Monday, November 20, 2006

Suatu Cerita...

Alkisah, baru2 ni aku terserempak dgn ibu kepada kwn sekolah dahulu. Teringat pula perbualan kami diketika itu.Perbualan yang agak menggerunkan aku.

Acik : Sihat ke Ecah? Dari mana ni? Lawa je acik tengok.

Aku : Alhamdulillah sihat. Ecah dari Beranang dgn Mantin tadi. Pegi open house kawan.

Acik : Oh..patut la lawa semacam je acik tengok. Eh...Takkan Ecah sorang je?

Aku : Eh…acik ni, sorang2 la. Ecah nak pegi dgn sape plak? Tak boleh ke Ecah pegi sorang2?

Acik : Kesian Ecah, pegi sorang2... Tak pegi dgn boyfriend ke? Takkanlah Ecah tak de boyfriend kut?

Aku hanya tersengih. Selamba betul acik ni tanya soalan peribadi, bisik hati aku.

Acik : Acik kesian tengok Ecah. Sorang2 je. Ha…Ni Ecah, ada orang nak kenal dgn Ecah. Dia selalu tunggu Ecah lalu depan kedai acik ni tau.

Patut ler tanya psal boyfriend…rupa2 nyer ada agenda disebaliknya. Saat dia kata macam tu memang aku tahan ketawa gila2 la.

Aku : Eh acik ni. Tiba2 plak.

Dalam hati aku, mak cik ni dah start nak melalut ni. Aku dah mula fikir macam mana nak cabut dari situ dengan cara yang sopan la...

Acik : Betul ni Ecah, acik tak tipu. Dia kata dia nak sangat kenal dgn Ecah. Dia tanya acik kenal tak budak pompuan yang lalu pagi2 pkul 7 lebih naik kancil biru? Acik kata ler kenal budak tu, kawan sekolah Along. Kau berkenan ke? Dia senyum. Betul ni Ecah.. Acik tak tipu. Baik budak nyer Ecah. Sesuai dengan kau ni, sembahyang tak tinggal, kerja pun stabil… tapi acik cakap awal2 la dia ni duda tau.

Aduhai, aku dah terkedu! Biar betul mak cik ni…iye2 dia kenen2 kan budak tu kat aku…Ini dah kes berat ni. Kena cabut cepat ni...

Aku : Oklah acik, Ecah nak balik dulu ni dah Maghrib.

Acik : Eh...nantilah dulu Ecah. Acik cakap betul ni. Mak bapak dia pun sibuk mintak acik carikan. Bagi no telefon Ecah, nanti dia nak telefon.

Ah...Ini dah kes berat ni. Dah mintak no telefon plak. Masa ni aku dah bangun dan buat2 tak faham.

Aku : Ecah balik dululah acik.

Acik : Yelah, Along ada no telefon Ecah kan? Tak apalah nanti acik mintak kat Along.

Saat ni aku dah bukak pintu kereta, start enjin pastu bla macam tu je...Takut beb! Beriya2 orang tua ni. Tapi aku memang tau yang anak dia anak no telefon aku. Habislah...



TO BE CONTINUED....

Pelik...pelik...

Kadang2 aku x faham dgn karenah dan perangai manusia ni. Letih betul nak melayan. Tp tu ler nak salahkan org lain pun x boleh juga, sbb kadang2 aku sendiri berperangai macam tu. He he he...Layan salah, tak layan pun salah...Dilayan, diri sendiri sakit hati...x di layan dicop sombong...

Macam2 konflik yg berlaku sekarang ni. Kat pejabat macam2 hal, kat luar pun sama... Aku x tau la brape lama boleh bersabar lagi ni.Hati ni dah rasa macam gunung berapi di mana lavar yang sedang membuak2, menunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Inilah yg dinamakan dugaan. Mungkin Allah menduga sejauh mana aku mampu bersabar dengan dugaan yg diberikan-Nya.

Minggu lepas merupakan minggu yg agak sibuk dengan kerja2 yg memerlukan tumpuan dan pengorbanan tenaga. Ada audit ISO, jamuan raya Universiti dan Fakulti. Huh...berasap gak ler kepala otak ni. Tapi Alhamdulillah dapat tangani dengan baik walaupun tidak sesempurna yang dikehendaki.

Aku mula merasa kehilangan pabila seorang demi seorang rakan mula meninggalkan aku demi masa depan dan juga telah berumahtangga dengan pilihan hati mereka. Hilang rakan2 untuk bergurau senda, bergelak ketawa dan saat manis itu tak mungkin dapat digantikan dgn wang ringgit.