Tarikh : 22-27 Mac 2013
Tempat : Seoul, Korea Selatan
Travel Agent : Got2Go Travel & Tours
Tempat : Seoul, Korea Selatan
Travel Agent : Got2Go Travel & Tours
Tourist Guide : Badiuzzaman Janhari & Sun Woong Lee (Brien)
Alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk ke Korea Selatan plak. Mula2 nak pegi risau gila sebab dengar2 masa tu masih sejuk suhu antara 0 hingga 10C. Oh, my...sebab memang tak berapa sangat dengan cuaca sejuk2 ni. So gigih la mencari baju tebal2 and baju sejuk kawan2..terima kasih la kat Ba'iah, my auntie and uncle sebab bagi pinjam. Ahaks...sangat2 berterima kasih.
Berapa kali tentatif kena rombak sebab nak selaras dan permudahkan perjalanan masa kat sana. Tak kisah lah, janji settle. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik semuanya dipermudahkan. Sepanjang 6 hari 5 malam kat sana, memang best. Bagi saya, teknologi di Korea memang sangat2 maju dan kehadapan, cume kebanyakan penduduk dia memang tak berapa mesra dengan orang luar kut. Sebab tak ada sangat nak tegur2 pelancong. Yang ada tegur kitaorang, seorang pakcik mabuk. Hahaha...sabar je la..
Dari segi makan, kalau stay kat area Itaewon memang tak ada masalah untuk makan. Banyak kedai halal kat area situ. Kebanyakannya makanan Turki dan India. Tapi ada juga makanan Indonesia dan Korea yang halal.
antara restoran yang ada |
Mr. Kebab - memang sedap |
Restoran Turki |
Restoran makanan Indonesia |
Dapat mencuba makanan Korea iaitu Hanjeongsik, a full-course Korean meal with a varied array of banchan (side dishes). Ada ikan, sayur, kekacang, tauhu dan sebagainya. Paling kurang 9 jenis side dishes kalau tak salah hari tu.
Hanjeongsik versi Pulau Nami |
Hanjeongsik versi Mount Seorak |
Then kalau makan nasi biasa nya wajib ada kimchi. Yelah kat sana kan sangat2 glamer dengan kimchi. Sampaikan masa bergambar pun orang akan sebut kimchi bukan 'cheese'. Kimchi :
sayuran (biasanya dari kubis, sawi, lobak putih, atau ada juga kimchi squid, memang la sedap) yang
difermentasikan dengan bahan rempah seperti bawang putih, bawang
bombai, serbuk cili dan ada lagi la tapi lupa, berpeluang juga belajar macam mana nak buat kimchi.
jom buat kimchi |
Masa dekat sana, berpeluang makan bulgogi (Korean pronunciation: [pulɡoɡi]) or neobiani. Makanan ni merupakan potongan daging sapi
yang dipanggang dengan kicap, minyak bijan, bawang putih, bawang bombai
dan lada hitam. Bulgogi berarti "daging api". Licin pinggan masa makan..sedangkan duduk kat 1 meja tu hanya 4 orang. Keh keh keh...
ini dia bulgogi |
Makanan yang kedua adalah Bibimbap (비빔밥, "nasi campur"): makanan khas kota Jeonju, iaitu nasi yang dicampur berbagai macam sayuran, daging sapi, telur, dan gochujang. Variasi: dolsot bibimbap (돌솥 비빔밥), bibimbap yang disajikan dengan panci batu panas ditambah telur mentah di atasnya. Bibimbap dimakan setelah nasi dan lauk diaduk dengan sendok hingga tercampur. Teruja tau...macam tengak dalam drama2 Korea.
ini plak bibimbap |
Ini baru sikit tau, tak pe..kita buat Edisi 1 dlu. Pada siapa2 yang baca blog ni saya sangat2 suggest untuk pergi Seoul, Korea then gunalah travel agent yang ni..tapi kna make sure tourist guide dia Bad & Brien tau..diaorang memang best, giler2 dan sporting hokey.
tourist guide kami... |
No comments:
Post a Comment