Tajuk : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu (CRT)
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM 24.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”
My Review :
Ha, jalan cerita yang ada unsur thriller.. for me memang seronok baca sebab pernah melancong ke Thailand so ala2 terimaginasi la pemandangan kat sana. Hehehe...Dian yang pada mulanya datang ke Thailand untuk bercuti terjumpa dengan Karn yang turun bercuti (tapi sebenarnya melarikan diri dari pengawal2 peribadi dia) tanpa dia sedari musuh dia sentiasa mengambil peluang nak hapuskan dia.
Si musuh pula dapat peluang terbaik untuk memerangkap Karn bila dia nampak Karn dengan seorang perempuan yang pada anggapan dia kekasih Karn sedangkan Dian baru sahaja berkenalan dengan Karn.
Demi kerana janji Karn kepada Dian yang dia sentiasa akan jaga dan pastikan keselamatan Dian, pelbagai cara Karn usahakan dalam pastikan Dian selamat. Pada masa tulah Karn rasakan yang dia dah jatuh cinta pada Dian. Tapi....kesian ada sahaja halangan untuk diaorang. Masa baca ni memang berdebar2 la.
Mujur Karn ada sepupu (Krissada) yang sentiasa ada di sisi dia dan seorang sepupu yang sangat dia sayangi. Tapi munculnya Krissada antara Dian & Karn mengundang lebih masalah, kena baca kalau nak tau..Karn ada musuh dalam selimut. Mungkin pembaca boleh agak siapa kan? Tapi tak pe teruskan bacaan kalau tak nanti tak tau apa yang terjadi pada cinta Karn dan Dian.
Macam biasa, boleh order kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3 dan kos penghantaran percuma okey...tahniah Sara Aisha sebab jalan cerita lain dari 1st novel yag dlu.
2 comments:
Assalamualaikum,
Tadi tgh google2, terjumpa review ni. Thanks, ya sbb sukakan novel ni. =)
Boleh saya kongsi review ni kat my blog?
Salam sayang,
Sara Aisha
wslm...
eh, mesti la blh2...silakan..
Post a Comment