Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Review Novel : Dah Jodoh I Dengan You






Tajuk : Dah Jodoh I Dengan You (DJIDY)
Penulis : Ain Kamalia
Harga : RM 28.00
Penerbit : Penulisan2U

Sinopsis / Blurb :


Pertemuan Yana dan Ben di sebuah kedai makan telah mencipta sebuah permulaan kisah yang berbunga-bunga dalam hati mereka.

“Mata tu tak payahlah pandang tempat lain, pandang pinggan nasi aje boleh tak? Ataupun kalau teringin sangat nak pandang orang, you pandang I aje… sebab I pun orang.” –Ben

Di situ bermulanya hubungan teman tapi mesra mereka. Semuanya mereka lakukan bersama, hampir seminggu tujuh hari.

“Kenapa you letak nama I Ben 10?”

“Ben 10 tu adi wira tau.”

“Do I look like a cartoon to you?”

“Taklah… You’re an angel to me…”

Peristiwa kuah kari yang tertumpah pada pagi hari telah menemukan Yana dengan Ikmal, si klon Nazim Othman yang ternyata sungguh-sungguh ada hati dengannya. Tak jemu-jemu Ikmal mencuba nasib, meski dalam masa yang sama, Ben sudah menyerahkan sebentuk cincin belah rotan platinum kepada Yana, tanda permulaan kepada sebuah cinta. Cuma halangannya kini, mereka tidak seiman, tidak seagama.

Kepergian Ben ke Australia secara terburu-buru dan tanpa khabar berita telah meninggalkan Yana dengan tanda tanya. Yana setia utuh memegang janji Ben. Telah banyak e-mel yang dikirimkan buat Ben namun balasannya hanya hampa. Situasi itu membuka peluang kepada Ikmal untuk mencuba nasib.

“Apa hobi awak?” – Ikmal

“Saya selalu keluar dengan Ben, sekarang ni saya rindu sangat kat Ben... Ermmm... Hobi terbaharu saya adalah keluar dengan Ben...” – Yana

Sebuah kejadian tak diduga berlaku. Sebuah peminangan yang diterima oleh keluarganya di kampung membuatkan Yana jadi umpama jasad tak bernyawa. Lebih mengharukan, peminangan itu daripada Ikmal!

Rasa bersalah Yana menggunung buat Ben yang masih diam tanpa khabar berita. Namun, pertemuannya semula dengan Ben menyelesaikan semua teka-teki yang ada. Ben sudah berkahwin dengan perempuan yang segamanya dengannya!

“Cantik cincin tunang!” - Ben

“Thanks! Wedding ring you pun cantik!” - Yana

Apa yang akan jadi saat cinta pertama yang didamba kini milik orang? Orang kata, kalau dah jodoh, lari ke mana pun, tetap akan bersatu jua. Kalau bukan jodoh, dekat macam mana pun akan terpisah jua.


My Review :
 
So sweet tau hubungan Yana-Ben ni tapi muncul plak Ikmal ni dalam perhubungan diaorang. Tak berapa sure Ikmal ni betul-betul nak kan Yana atau sekadar berdendam dengan Ben masa kisah diaorang belajar dekat luar negara dulu.

Bila lama-lama dah kawan Yana-Ben sampai ke fasa luahan perasaan. Baru sehari declare, Ben terpaksa balik ke Australia sebab daddy dia sakit. Tapi bila dia balik ke sana hubungan Yana-Ben mula bermasalah sebab Ben langsung tak balas Whatsapp, email mahupun call Yana.

Kebetulan Yana balik ke kampung suddenly kena tunang dengan Ikmal. Dia terpaksa setuju because of parents. Dia juga cuba untuk lupakan Ben, berjayakah? Kena baca ya,,, Namun bila hari perkahwinan kian hampir ada peristiwa yang menyebabkan Yana frust dengan kemunculan Marini.. Siapa pula Marini ni? Salleh sepupu rapat Yana tiba-tiba tak setuju dengan perhubungan Yana-Ikmal sedangkan Salleh adalah orang yang paling support hubungan Yana-Ikmal...

Apa sebenar yang berlaku? Siapa pula watak-watak yang disebutkan di atas?

Review Novel : Anugerah Terindah

 


Tajuk : Anugerah Terindah (AT)
Penulis :
Sophilea
Harga : RM 25.00
Penerbit :
Intens Idea International Sdn Bhd

Sinopsis / Blurb :

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz… Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik’.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…



My Review :

Best giler...antara novel yang bakal diulang...diulang...dan diulang... macam2 perasaan masa baca novel ni. Kejap-kejap ketawa...kelakar tau...terutama part Dr. Ariana mengurat Kapten Ustaz Mukhriz. Memang selamba giler. Tak boleh bla sungguh... kenapa bersungguh Ariana nak kan Ustaz Mukhris ni. Jawapan ada dalam buku ni.

Tapi ada gak part leleh airmata. Bila baca part apa yang Dr Ariana sanggup lakukan untuk orang yang dia sayang...I repeat okey, orang yang dia SAYANG!!!

Tak nak cakap lebih-lebih u should but it ya...

Review Novel : Dia...Random Guy









Tajuk : Dia...Random Guy (DRG)
Penulis : Farah Husain
Harga : RM 23.00
Penerbit : Idea Kreatif

Sinopsis / Blurb :
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina

“You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?




My Review :

Kelakar dan really enjoy it. Gara-gara tersalah taktik...konon nak selamat kat diri dan berlagak dengan kawan sekolah akhirnya langkah itu memakan diri Alina Suffiya. Ada kisah menarik anta Alina - Hairi sehingga menjadikan Alina seorang yang fobia dalam perhubungan.

Mujur ada Amzar muncul sebagai hero, tapi bagi Alina 'tawaran' Amzar tu kerana simpati dan atas dasar pertolongan bukan kerana cinta...

Bahasa yang simple tak terlalu berat untuk dihayati...

Minat? boleh order online kat SINI

Thursday, August 15, 2013

Review Novel : Mr. Sirap Bandung (MSB)






Tajuk : Mr. Sirap Bandung (MSB)
Penulis : Nadra Yasmina
Harga : RM 24.00
Penerbit : Fajar Pakeer

Sinopsis / Blurb :

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ?

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?


My Review :

Mungkin pada sesetengah orang yang baca novel ini akan berpendapat jalan cite nyer biasa2 je...btul..tp yang penting pengisian masa baca tu..ada ilmu yang kita boleh jadikan panduan dalam kehidupan. Kadang2 kita tak sedar pn kita ada buat kesilapan dalam sesuatu pekerjaan yang kita buat.Contoh dalam cite ni lebih kepada amal ibadah yang kita lakukan seharian.

Bahasa yang digunapakai juga simple & nice..gelaran2 yang diberikan jugak kelakar...mcam biskut lemak manis,biskut lemau la...selamba je gelarkan orang lain macam tu.hehehe...romantik komedi...pendek kata memang best...

 

Wednesday, April 10, 2013

Review Novel : Anak Teruna Makcik Rahimah




Tajuk : Anak Teruna Makcik Rahimah
Penulis : Sakeena
Harga : RM 20.00
Penerbit : Jemari Seni

Sinopsis / Blurb :

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.

Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....

Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?


My Review :
 
Penggunaan bahasa yang mudah, simple & tak de meleret2...suke...suke...baca pun boleh sengih2 sorang2. Asal jumpa je gaduh...asal jumpa je berperang. Tapi betul la dunia ni kecik. Si musuh rupa2 nyer kawan baik si Along masa sekolah...hahaha..nasib la...
 
Novel ni tak banyak komen kut, sebab tengah demam so minda kurang berfungsi dengan baik. Yelah walaupun tak suka dan cuba menerima...Ain Zahra sangat terasa kehilangan Waseem  bila si hubby hilang..
 
Nak tau lebih..kena baca... ha...boleh baca bab awal kat sini
 

Monday, April 08, 2013

Review Novel : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu




Tajuk : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu (CRT)
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM 24.00
Penerbit : Karya Seni

Sinopsis / Blurb :


“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...” 


My Review :

Ha, jalan cerita yang ada unsur thriller.. for me memang seronok baca sebab pernah melancong ke Thailand so ala2 terimaginasi la pemandangan kat sana. Hehehe...Dian yang pada mulanya datang ke Thailand untuk bercuti terjumpa dengan Karn yang turun bercuti (tapi sebenarnya melarikan diri dari pengawal2 peribadi dia) tanpa dia sedari musuh dia sentiasa mengambil peluang nak hapuskan dia.

Si musuh pula dapat peluang terbaik untuk memerangkap Karn bila dia nampak Karn dengan seorang perempuan yang pada anggapan dia kekasih Karn sedangkan Dian baru sahaja berkenalan dengan Karn.

Demi kerana janji Karn kepada Dian yang dia sentiasa akan jaga dan pastikan keselamatan Dian, pelbagai cara Karn usahakan dalam pastikan Dian selamat. Pada masa tulah Karn rasakan yang dia dah jatuh cinta pada Dian. Tapi....kesian ada sahaja halangan untuk diaorang. Masa baca ni memang berdebar2 la.

Mujur Karn ada sepupu (Krissada) yang sentiasa ada di sisi dia dan seorang sepupu yang sangat dia sayangi. Tapi munculnya Krissada antara Dian & Karn mengundang lebih masalah, kena baca kalau nak tau..Karn ada musuh dalam selimut. Mungkin pembaca boleh agak siapa kan? Tapi tak pe teruskan bacaan kalau tak nanti tak tau apa yang terjadi pada cinta Karn dan Dian.

Macam biasa, boleh order kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3 dan kos penghantaran percuma okey...tahniah Sara Aisha sebab jalan cerita lain dari 1st novel yag dlu.

Wednesday, February 13, 2013

Review Novel : Seindah Hujan Cinta (SHC)




Tajuk : Seindah Hujan Cinta (SHC)
Penulis : Qash Shazwani
Harga : RM 21.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”  
                                                      
Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.   
     
“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”
“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”
“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”
“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”
“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”
“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”
“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya

My Review :

Novel ni pasal Aneesa yang bergelar isteri kedua kepada Abu Wasim (suami kakak angkat dia). Silalah percaya bahawa kakak angkat (Zarita) dia sendiri yang pinang Aneesa untuk husband dia ya! Semua sebab Zarita yang bekerja sebagai model tak nak mengandung & beranak sedangkan husband dia nak sangat anak. So dia harapkan bila Aneesa kahwin dengan husband dia, dapatlah dia tunaikan hajat suami dia yang nak anak. Oh my...sabar je dengan Zarita yang sangat selfish ni.
 
Pada mulanya Aneesa memang tak nak kahwin tapi setelah dirayu berkali2 oleh Zarita dan Abu Wasim akhirnya dia mengalah demi kakak angkat kesayangan. Aneesa sangat2 terhutang budi dan sayangkan Zarita sampai sanggup korbankan masa depan sedangkan dia baru berusia 19 tahun.

Abu Wasim bawa Aneesa tinggal serumah dengan Zarita tapi Aneesa dan Zarita ni cool je. Tak kisah dan tak gaduh langsung. Hadirnya Aneesa kat rumah tu tak lebih macam orang gaji, masak, mengemas, membasuh & segala kerja2 rumah. Abu Wasim ni bila asyik pandang & dapat layanan yang baik dari Aneesa mula la rasa sayang dan berikan perhatian pada Aneesa. Tapi Aneesa ni sangat menghormati Zarita, bila ada Zarita kat rumah sebab cuti dia langsung tak tunjuk muka & bermesra dengan Abu Wasim.

Suatu hari tengah Aneesa & Abu Wasim ni bergurau senda, Zarita nampak & mulalah sifat cemburu dia..Start dari tu makin banyak konflik.. dengan Zarita, Abu Wasim, ibu mentua...What happens next? U all kena baca ok. Saya agak tak sangka cerita ni agak menarik, mungkin sebab jalan cerita ni lain skit dari yang lain.

Order online kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3, postage percuma ya..

Monday, February 11, 2013

Review Novel : Chocoloate Mousse vs Cheese Cake (CMVCC)


Tajuk :Chocoloate Mousse vs Cheese Cake (CMVCC)
Penulis : Syahirah Ibrahim
Harga : RM 19.90
Penerbit : Buku Prima
Sinopsis / Blurb :
Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?

Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani

Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri

“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi

My Review :

First time baca hasil karya Syahirah Ibrahim. Before ni novel dia memang tak pernah beli. Suke bahasa dalam novel ni..simple... 
 
Amnani, anak angkat pada keluarga Hakimi dan dalam masa yang sama dia simpan perasaan pada Hakimi. Pada saat Hakimi melamar Nani, dia rasa gembira dan berharap ianya jadi kenyataan. Tapi bila dia terdengar apa yang Hakimi cakapkan pada seseorang dia kecewa, sebab Hakimi sebenarnya berpura2 suka pada dia.
 
Amnani ni seorang yang kalut, cepat panik tapi berani. Dia berkenalan dengan Zhafri masa kejadian kemalangan. Bermula dari pertemuan itu, mereka kerap bertemu dan macam2 peristiwa yang berlaku. Zhafri memaksa Nani mengikutnya pulang dan terus menyatakan ingin berkahwin dengan Nani. 
 
Walaupun puas Nani menolak tapi akhirnya dia terpaksa menerima kerana memikirkan masa depannya yang tak tentu bila dia dihalau dari rumah Hakimi dan tiada tempat perlindungan. Sejak berkahwin pasangan Nani dan Zhafri ni asyik bergaduh tapi sweet je rasa diaorang ni gaduh. Sebab apa saya kata sweet, kenalah baca. Tapi ada rahsia yang Hakimi & Zhafri sorokkan dari Nani. Apa dia? Nani diberi pilihan antara Chocolate Mousse dan Cheese Cake..tapi mana 1 jadi pilihan hati? Ha, memanglah kena baca...
 
Macam mana nak order, boleh baca kat Sini (Buku Prima)
 
"Selamat Membaca..."

Review Novel : Dandelion Ditiup Angin (DDA)


Tajuk : Dandelion Ditiup Angin (DDA)
Penulis : Aidah Bakri
Harga : RM 20.00
Penerbit : Jemari Seni
Sinopsis / Blurb :
Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia

Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.
 
Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

My Review :

Novel ni merupakan novel ke-2 Aidah Bakri yang saya baca. Memang best novel ni. Masa baca boleh touching2 plak. Adeh, sape2 yang jiwa sensitip tu boleh sediakan tisu masa baca ya.

Kisah seorang wanita (Dini) yang lari membawa diri selama 10 tahun ke luar negara kerana dihalau oleh suami sendiri. Dah la kahwin kerana fitnah, mak meninggal dunia selepas dia menikah, dengan tak dapat hantar mak dia masa dikebumikan then kena halau plak dengan suami. Oh, leleh kut air mata...

Lepas kena halau tu Dini pregnant tapi dia rahsiakan kehadiran baby tu..baru sahaja bersalin 10 hari, anak dia meninggal. Dia bina hidup baharu dengan sambung pelajaran kat Ireland dan kerja kat sana. Bila ibu angkat dia suruh balik dia fikir yang dia dah ckup kuat untuk hadapi segala kemungkinan yang tiba. Tapi pertemuan semua dengan suami dia (Rifqi) ternyata menjadikan dia lemah semula.

Banyak peristiwa yang terjadi...tak nak ulas panjang2 nanti korang tak rasa berdebar nak baca. tapi thumbs up untuk Aidah Bakri sebab dapat membangkitkan perasaan masa baca novel ni..

Klau nak baca bab awal klik link kat bawah ni.
 Baca bab awal
Kalau nak order online boleh order kat Jemari Seni dapat diskaun 20% then klau order 2 buku ke atas free postage..