Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia
Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk
menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak
menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya,
Rifqi.
Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya
menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman.
Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya
bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu
janji Rifqi.
Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti
mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke
daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.
Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati
itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan
tenang?
My Review :
Novel ni merupakan novel ke-2 Aidah Bakri yang saya baca. Memang best novel ni. Masa baca boleh touching2 plak. Adeh, sape2 yang jiwa sensitip tu boleh sediakan tisu masa baca ya.
Kisah seorang wanita (Dini) yang lari membawa diri selama 10 tahun ke luar negara kerana dihalau oleh suami sendiri. Dah la kahwin kerana fitnah, mak meninggal dunia selepas dia menikah, dengan tak dapat hantar mak dia masa dikebumikan then kena halau plak dengan suami. Oh, leleh kut air mata...
Lepas kena halau tu Dini pregnant tapi dia rahsiakan kehadiran baby tu..baru sahaja bersalin 10 hari, anak dia meninggal. Dia bina hidup baharu dengan sambung pelajaran kat Ireland dan kerja kat sana. Bila ibu angkat dia suruh balik dia fikir yang dia dah ckup kuat untuk hadapi segala kemungkinan yang tiba. Tapi pertemuan semua dengan suami dia (Rifqi) ternyata menjadikan dia lemah semula.
Banyak peristiwa yang terjadi...tak nak ulas panjang2 nanti korang tak rasa berdebar nak baca. tapi thumbs up untuk Aidah Bakri sebab dapat membangkitkan perasaan masa baca novel ni..
Klau nak baca bab awal klik link kat bawah ni.
Baca bab awal
Kalau nak order online boleh order kat Jemari Seni dapat diskaun 20% then klau order 2 buku ke atas free postage..
No comments:
Post a Comment