Saturday, February 02, 2013

Review Novel : Gaduh-Gaduh Sayang (GGS)







Tajuk : Gaduh-gaduh Sayang
Penulis : Immaz Huda
Harga : RM 24.00
Penerbit : Alaf21

Sinopsis / Blurb :
“Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad.

“Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.

Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.  
My Review :
Pandangan saya..novel dia not so bad la..ada unsur2 kelakar dalam novel ni yang buat saya nak ketawa / senyum sorang2 masa duk baca. cume dari susunan bahasa itu saya agak kurang la... cerita dia agak santai tapi jalan cerita dah macam agak biasa...mula2 tak suka then akan jatuh cinta, then ada pengacau / orang ketiga.
Mungkin sebab saya dah terlalu banyak baca novel so rasa macam biasa2 je. Tak teruja sangat2. Mungkin pada pandangan orang lain berbeza dengan apa yang saya review...Rate dari saya 3* je...
Klau nak beli, boleh order dekat http://mall.karangkraf.com/ atau cari kat bookstore terdekat...Kalau rajin boleh pergi Karnival Karangkraf kat Shah Alam yang sedang berlangsung sampai esok (3/2/2013)..mesti dasyat2 diskaun diaorg bagi...

No comments: