Friday, May 16, 2014

Review Novel : Dah Jodoh I Dengan You






Tajuk : Dah Jodoh I Dengan You (DJIDY)
Penulis : Ain Kamalia
Harga : RM 28.00
Penerbit : Penulisan2U

Sinopsis / Blurb :


Pertemuan Yana dan Ben di sebuah kedai makan telah mencipta sebuah permulaan kisah yang berbunga-bunga dalam hati mereka.

“Mata tu tak payahlah pandang tempat lain, pandang pinggan nasi aje boleh tak? Ataupun kalau teringin sangat nak pandang orang, you pandang I aje… sebab I pun orang.” –Ben

Di situ bermulanya hubungan teman tapi mesra mereka. Semuanya mereka lakukan bersama, hampir seminggu tujuh hari.

“Kenapa you letak nama I Ben 10?”

“Ben 10 tu adi wira tau.”

“Do I look like a cartoon to you?”

“Taklah… You’re an angel to me…”

Peristiwa kuah kari yang tertumpah pada pagi hari telah menemukan Yana dengan Ikmal, si klon Nazim Othman yang ternyata sungguh-sungguh ada hati dengannya. Tak jemu-jemu Ikmal mencuba nasib, meski dalam masa yang sama, Ben sudah menyerahkan sebentuk cincin belah rotan platinum kepada Yana, tanda permulaan kepada sebuah cinta. Cuma halangannya kini, mereka tidak seiman, tidak seagama.

Kepergian Ben ke Australia secara terburu-buru dan tanpa khabar berita telah meninggalkan Yana dengan tanda tanya. Yana setia utuh memegang janji Ben. Telah banyak e-mel yang dikirimkan buat Ben namun balasannya hanya hampa. Situasi itu membuka peluang kepada Ikmal untuk mencuba nasib.

“Apa hobi awak?” – Ikmal

“Saya selalu keluar dengan Ben, sekarang ni saya rindu sangat kat Ben... Ermmm... Hobi terbaharu saya adalah keluar dengan Ben...” – Yana

Sebuah kejadian tak diduga berlaku. Sebuah peminangan yang diterima oleh keluarganya di kampung membuatkan Yana jadi umpama jasad tak bernyawa. Lebih mengharukan, peminangan itu daripada Ikmal!

Rasa bersalah Yana menggunung buat Ben yang masih diam tanpa khabar berita. Namun, pertemuannya semula dengan Ben menyelesaikan semua teka-teki yang ada. Ben sudah berkahwin dengan perempuan yang segamanya dengannya!

“Cantik cincin tunang!” - Ben

“Thanks! Wedding ring you pun cantik!” - Yana

Apa yang akan jadi saat cinta pertama yang didamba kini milik orang? Orang kata, kalau dah jodoh, lari ke mana pun, tetap akan bersatu jua. Kalau bukan jodoh, dekat macam mana pun akan terpisah jua.


My Review :
 
So sweet tau hubungan Yana-Ben ni tapi muncul plak Ikmal ni dalam perhubungan diaorang. Tak berapa sure Ikmal ni betul-betul nak kan Yana atau sekadar berdendam dengan Ben masa kisah diaorang belajar dekat luar negara dulu.

Bila lama-lama dah kawan Yana-Ben sampai ke fasa luahan perasaan. Baru sehari declare, Ben terpaksa balik ke Australia sebab daddy dia sakit. Tapi bila dia balik ke sana hubungan Yana-Ben mula bermasalah sebab Ben langsung tak balas Whatsapp, email mahupun call Yana.

Kebetulan Yana balik ke kampung suddenly kena tunang dengan Ikmal. Dia terpaksa setuju because of parents. Dia juga cuba untuk lupakan Ben, berjayakah? Kena baca ya,,, Namun bila hari perkahwinan kian hampir ada peristiwa yang menyebabkan Yana frust dengan kemunculan Marini.. Siapa pula Marini ni? Salleh sepupu rapat Yana tiba-tiba tak setuju dengan perhubungan Yana-Ikmal sedangkan Salleh adalah orang yang paling support hubungan Yana-Ikmal...

Apa sebenar yang berlaku? Siapa pula watak-watak yang disebutkan di atas?

Review Novel : Anugerah Terindah

 


Tajuk : Anugerah Terindah (AT)
Penulis :
Sophilea
Harga : RM 25.00
Penerbit :
Intens Idea International Sdn Bhd

Sinopsis / Blurb :

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz… Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik’.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…



My Review :

Best giler...antara novel yang bakal diulang...diulang...dan diulang... macam2 perasaan masa baca novel ni. Kejap-kejap ketawa...kelakar tau...terutama part Dr. Ariana mengurat Kapten Ustaz Mukhriz. Memang selamba giler. Tak boleh bla sungguh... kenapa bersungguh Ariana nak kan Ustaz Mukhris ni. Jawapan ada dalam buku ni.

Tapi ada gak part leleh airmata. Bila baca part apa yang Dr Ariana sanggup lakukan untuk orang yang dia sayang...I repeat okey, orang yang dia SAYANG!!!

Tak nak cakap lebih-lebih u should but it ya...

Review Novel : Dia...Random Guy









Tajuk : Dia...Random Guy (DRG)
Penulis : Farah Husain
Harga : RM 23.00
Penerbit : Idea Kreatif

Sinopsis / Blurb :
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina

“You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?




My Review :

Kelakar dan really enjoy it. Gara-gara tersalah taktik...konon nak selamat kat diri dan berlagak dengan kawan sekolah akhirnya langkah itu memakan diri Alina Suffiya. Ada kisah menarik anta Alina - Hairi sehingga menjadikan Alina seorang yang fobia dalam perhubungan.

Mujur ada Amzar muncul sebagai hero, tapi bagi Alina 'tawaran' Amzar tu kerana simpati dan atas dasar pertolongan bukan kerana cinta...

Bahasa yang simple tak terlalu berat untuk dihayati...

Minat? boleh order online kat SINI

Thursday, August 15, 2013

Review Novel : Mr. Sirap Bandung (MSB)






Tajuk : Mr. Sirap Bandung (MSB)
Penulis : Nadra Yasmina
Harga : RM 24.00
Penerbit : Fajar Pakeer

Sinopsis / Blurb :

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ?

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?


My Review :

Mungkin pada sesetengah orang yang baca novel ini akan berpendapat jalan cite nyer biasa2 je...btul..tp yang penting pengisian masa baca tu..ada ilmu yang kita boleh jadikan panduan dalam kehidupan. Kadang2 kita tak sedar pn kita ada buat kesilapan dalam sesuatu pekerjaan yang kita buat.Contoh dalam cite ni lebih kepada amal ibadah yang kita lakukan seharian.

Bahasa yang digunapakai juga simple & nice..gelaran2 yang diberikan jugak kelakar...mcam biskut lemak manis,biskut lemau la...selamba je gelarkan orang lain macam tu.hehehe...romantik komedi...pendek kata memang best...

 

Monday, April 15, 2013

Travel : Lawatan Kerja ke Incheon University, Seoul, Korea Selatan - Hari Pertama (Edisi 2)

Tarikh : 22-27 Mac 2013
Tempat : Seoul, Korea Selatan
Travel Agent : Got2Go Travel and Tours
 
Tourist Guide : Badiuzzaman Janhari and Sun Woong Lee (Brien)

Orait, jom sambung balik cerita Korea yang hangat2 lagi ni. Jadi berkobar2 nak menulis sebab malam tadi rancangan Rasa Halal Antarabangsa kat Astro Oasis tayangkan Korea. Hahaha...padan la berkobar2 kan.

Masa sampai dekat Incheon International Airport dah sangat kagum dengan persekitaran airport diaorang. Tiba kat airport dalam pukul 1605 waktu sana la. Masa kat sana awal 1 jam dari Malaysia tau. Untuk ambik bagasi dan urusan imigresen kena naik train tau. Pergh... canggih2. Alhamdulillah urusan bagasi dan imigresen yang mudah dan lancar. Keluar sahaja dari airport cuaca dan suasana sejuk dah menyapa. Kita bercakap pun kluar 'asap' dari mulut. Kelakar sungguh, maklumlah tak pernah pergi luar negara dalam cuaca sejuk.


Jom, ambik bagasi...


Baru sampai...

Naik baik pun dah teruja, bukannya apa. Dalam bas dia ada segala macam peralatan elektrik macam kat umah. TV LED / LCD jenama Samsung not sure bape inci..tapi rasanya lebih dari 32" kut. Ada LCD projektor (kalau tak salah mata memandang) ada lappy jenama Samsung, merah lagi you. Ada GPS dan siap extention wire untuk plug bagai. Hoho..1st time tengok bas macam tu.


dalam bas, canggih kan? tgk TV kat blkg tourist guide tu..


Perjalanan ambik masa dalam sejam ke sejam setengah menuju ke Itaewon untuk dinner. Jalan agak sesak sebab Seoul memang bandar yang sangat2 ramai penduduk with over 25.6 million people.



Jalan yang sesak


  Makan malam untuk hari pertama ni dekat Taj Palace, Indian Restaurant. So faham2 la haruslah ada dhal dan kari kan. Tapi dessert dari restoran tu sangat sedap. Puding yang juga nama dia Payasam (kalau tak salah) ni sangatlah saya suka. 




Dinner kat sini...



Payasam ni adalah pencuci mulut yang hebat dan dinikmati sepanjang tahun. Dalam versi selatan dan timur India ia dibuat untuk perayaan tertentu. Di Selatan, Kheer dipanggil Payasam dan di timur ia dikenali sebagai Payesh.

Payasam juga terdiri daripada pelbagai jenis :

a) Semiya payasam
b) Rice Payasam
c) Kerala payasam
d) Pal payasam
e) Palada payasam
f) Vermicilli payasam
 
So masa kat restauran tu not sure jenis yang mana satu saya makan tapi yang saya confident ada rasa sagu, susu dan minyak sapi. Hehehe...Nak try? boleh cube ambik resepi kat blog Atieshasanjimi ni. Terjumpa masa saya duk google psal Payasam ni.

Lpas dinner, kiraorang bergerak ke hotel. Nak check in ya sebab dah penat! Hotel yang kitaorang stay untuk malam tu adalah Hotel Mare. Kelas you hotel dia... Kalau tak caya tengok gambar ni nanti. Masuk bilik hotel je rasa nak lompat2 je atas katil. Hahaha..ada komputer 2 biji dalam hotel tu! Oh yeah...boleh online FB... Bilik besar, tv pn besar...42" kut. 







Hotel Mare


Bilik saya...



Masuk bilik nak on tv, dvd, aircond dan lampu hanya guna 1 remote. Ha, oh my..oh my... 'jakun' jap. Gilosss... sangat canggih teknologi diaorang, nampaknya kita masih ketinggalan. Tapi toilet & bathroom cermin lutsinar! ha, ko hado? tp jangan risau sebab orang luar tak nampak pun sebab ada corak2 skit kat cermin tu. Kira tercover la apa2 yang patut.

Malam tu lepas mandi keluar dengan membe g lepak cafe, minum Ediya coffee...oh lagi teruja bila kopi dia sedap..sedap...dan sedap. No wonder la cite2 Korea sering ketengahkan kopi dalam setiap cerita!! Walaupun 1st time sampai sana, tapi tak rasa takut pun bila keluar malam. Still rasa selamat dengan persekitaran. Cuma tak tahan dengan cuaca..malam tu cuaca -1C tapi 'feel like -6'....adeh2, memang la tak tahan...aircond kat office pun minimun suhu 16C je pn..



Ni la Ediya Coffee credit pd Zie


Keluar malam tu pun baju sampai 3 lapis, pkai sarung tangan, sports shoe lagi...Lepas lepak kat Ediya Coffee tu sempat singgah kat salah sebuah kedai runcit kat situ. Ada jual buah-buahan, so capai la strawberry...hwa...besar tau buah2 strawberry tu..harga W4000 lebih kurang RM12 kita je. Sangat puas hati dengan harga tu. Berbaloi2 ya.




Ini strawberry kat sana..

Lepas jalan2 sikit balik bilik terus... nak rehat lagipun dah tak tahan dengan cuaca yang sejuk. Untuk next day kita jumpa kat next entry ya.

Thursday, April 11, 2013

Travel : Lawatan Kerja ke Incheon University, Seoul, Korea Selatan (Edisi 1)

Tarikh : 22-27 Mac 2013
Tempat : Seoul, Korea Selatan
Travel Agent : Got2Go Travel & Tours
Tourist Guide : Badiuzzaman Janhari & Sun Woong Lee (Brien)

Alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk ke Korea Selatan plak. Mula2 nak pegi risau gila sebab dengar2 masa tu masih sejuk suhu antara 0 hingga 10C. Oh, my...sebab memang tak berapa sangat dengan cuaca sejuk2 ni. So gigih la mencari baju tebal2 and baju sejuk kawan2..terima kasih la kat Ba'iah, my auntie and uncle sebab bagi pinjam. Ahaks...sangat2 berterima kasih.

Berapa kali tentatif kena rombak sebab nak selaras dan permudahkan perjalanan masa kat sana. Tak kisah lah, janji settle. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik semuanya dipermudahkan. Sepanjang 6 hari 5 malam kat sana, memang best. Bagi saya, teknologi di Korea memang sangat2 maju dan kehadapan, cume kebanyakan penduduk dia memang tak berapa mesra dengan orang luar kut. Sebab tak ada sangat nak tegur2 pelancong. Yang ada tegur kitaorang, seorang pakcik mabuk. Hahaha...sabar je la..

Dari segi makan, kalau stay kat area Itaewon memang tak ada masalah untuk makan. Banyak kedai halal kat area situ. Kebanyakannya makanan Turki dan India. Tapi ada juga makanan Indonesia dan Korea yang halal. 


antara restoran yang ada





Mr. Kebab - memang sedap


Restoran Turki


Restoran makanan Indonesia


Dapat mencuba makanan Korea iaitu Hanjeongsik, a full-course Korean meal with a varied array of banchan (side dishes). Ada ikan, sayur, kekacang, tauhu dan sebagainya. Paling kurang 9 jenis side dishes kalau tak salah hari tu.
 
Hanjeongsik versi Pulau Nami


Hanjeongsik versi Mount Seorak


Then kalau makan nasi biasa nya wajib ada kimchi. Yelah kat sana kan sangat2 glamer dengan kimchi. Sampaikan masa bergambar pun orang akan sebut kimchi bukan 'cheese'. Kimchi : sayuran (biasanya dari kubis, sawi, lobak putih, atau ada juga kimchi squid, memang la sedap) yang difermentasikan dengan bahan rempah seperti bawang putih, bawang bombai, serbuk cili dan ada lagi la tapi lupa, berpeluang juga belajar macam mana nak buat kimchi.



jom buat kimchi

 
Masa dekat sana, berpeluang makan bulgogi (Korean pronunciation: [pulɡoɡi]) or neobiani. Makanan ni merupakan potongan daging sapi yang dipanggang dengan kicap, minyak bijan, bawang putih, bawang bombai dan lada hitam. Bulgogi berarti "daging api". Licin pinggan masa makan..sedangkan duduk kat 1 meja tu hanya 4 orang. Keh keh keh...


ini dia bulgogi

Makanan yang kedua adalah Bibimbap (비빔밥, "nasi campur"): makanan khas kota Jeonju, iaitu nasi yang dicampur berbagai macam sayuran, daging sapi, telur, dan gochujang. Variasi: dolsot bibimbap (돌솥 비빔밥), bibimbap yang disajikan dengan panci batu panas  ditambah telur mentah di atasnya. Bibimbap dimakan setelah nasi dan lauk diaduk dengan sendok hingga tercampur. Teruja tau...macam tengak dalam drama2 Korea.

 
ini plak bibimbap

Ini baru sikit tau, tak pe..kita buat Edisi 1 dlu. Pada siapa2 yang baca blog ni saya sangat2 suggest untuk pergi Seoul, Korea then gunalah travel agent yang ni..tapi kna make sure tourist guide dia Bad & Brien tau..diaorang memang best, giler2 dan sporting hokey.

tourist guide kami...


Wednesday, April 10, 2013

Review Novel : Anak Teruna Makcik Rahimah




Tajuk : Anak Teruna Makcik Rahimah
Penulis : Sakeena
Harga : RM 20.00
Penerbit : Jemari Seni

Sinopsis / Blurb :

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.

Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....

Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?


My Review :
 
Penggunaan bahasa yang mudah, simple & tak de meleret2...suke...suke...baca pun boleh sengih2 sorang2. Asal jumpa je gaduh...asal jumpa je berperang. Tapi betul la dunia ni kecik. Si musuh rupa2 nyer kawan baik si Along masa sekolah...hahaha..nasib la...
 
Novel ni tak banyak komen kut, sebab tengah demam so minda kurang berfungsi dengan baik. Yelah walaupun tak suka dan cuba menerima...Ain Zahra sangat terasa kehilangan Waseem  bila si hubby hilang..
 
Nak tau lebih..kena baca... ha...boleh baca bab awal kat sini
 

Monday, April 08, 2013

Review Novel : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu




Tajuk : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu (CRT)
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM 24.00
Penerbit : Karya Seni

Sinopsis / Blurb :


“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...” 


My Review :

Ha, jalan cerita yang ada unsur thriller.. for me memang seronok baca sebab pernah melancong ke Thailand so ala2 terimaginasi la pemandangan kat sana. Hehehe...Dian yang pada mulanya datang ke Thailand untuk bercuti terjumpa dengan Karn yang turun bercuti (tapi sebenarnya melarikan diri dari pengawal2 peribadi dia) tanpa dia sedari musuh dia sentiasa mengambil peluang nak hapuskan dia.

Si musuh pula dapat peluang terbaik untuk memerangkap Karn bila dia nampak Karn dengan seorang perempuan yang pada anggapan dia kekasih Karn sedangkan Dian baru sahaja berkenalan dengan Karn.

Demi kerana janji Karn kepada Dian yang dia sentiasa akan jaga dan pastikan keselamatan Dian, pelbagai cara Karn usahakan dalam pastikan Dian selamat. Pada masa tulah Karn rasakan yang dia dah jatuh cinta pada Dian. Tapi....kesian ada sahaja halangan untuk diaorang. Masa baca ni memang berdebar2 la.

Mujur Karn ada sepupu (Krissada) yang sentiasa ada di sisi dia dan seorang sepupu yang sangat dia sayangi. Tapi munculnya Krissada antara Dian & Karn mengundang lebih masalah, kena baca kalau nak tau..Karn ada musuh dalam selimut. Mungkin pembaca boleh agak siapa kan? Tapi tak pe teruskan bacaan kalau tak nanti tak tau apa yang terjadi pada cinta Karn dan Dian.

Macam biasa, boleh order kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3 dan kos penghantaran percuma okey...tahniah Sara Aisha sebab jalan cerita lain dari 1st novel yag dlu.

Wednesday, February 13, 2013

Review Novel : Seindah Hujan Cinta (SHC)




Tajuk : Seindah Hujan Cinta (SHC)
Penulis : Qash Shazwani
Harga : RM 21.00
Penerbit : Karya Seni
Sinopsis / Blurb :
“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”  
                                                      
Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.   
     
“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”
“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”
“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”
“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”
“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”
“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”
“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya

My Review :

Novel ni pasal Aneesa yang bergelar isteri kedua kepada Abu Wasim (suami kakak angkat dia). Silalah percaya bahawa kakak angkat (Zarita) dia sendiri yang pinang Aneesa untuk husband dia ya! Semua sebab Zarita yang bekerja sebagai model tak nak mengandung & beranak sedangkan husband dia nak sangat anak. So dia harapkan bila Aneesa kahwin dengan husband dia, dapatlah dia tunaikan hajat suami dia yang nak anak. Oh my...sabar je dengan Zarita yang sangat selfish ni.
 
Pada mulanya Aneesa memang tak nak kahwin tapi setelah dirayu berkali2 oleh Zarita dan Abu Wasim akhirnya dia mengalah demi kakak angkat kesayangan. Aneesa sangat2 terhutang budi dan sayangkan Zarita sampai sanggup korbankan masa depan sedangkan dia baru berusia 19 tahun.

Abu Wasim bawa Aneesa tinggal serumah dengan Zarita tapi Aneesa dan Zarita ni cool je. Tak kisah dan tak gaduh langsung. Hadirnya Aneesa kat rumah tu tak lebih macam orang gaji, masak, mengemas, membasuh & segala kerja2 rumah. Abu Wasim ni bila asyik pandang & dapat layanan yang baik dari Aneesa mula la rasa sayang dan berikan perhatian pada Aneesa. Tapi Aneesa ni sangat menghormati Zarita, bila ada Zarita kat rumah sebab cuti dia langsung tak tunjuk muka & bermesra dengan Abu Wasim.

Suatu hari tengah Aneesa & Abu Wasim ni bergurau senda, Zarita nampak & mulalah sifat cemburu dia..Start dari tu makin banyak konflik.. dengan Zarita, Abu Wasim, ibu mentua...What happens next? U all kena baca ok. Saya agak tak sangka cerita ni agak menarik, mungkin sebab jalan cerita ni lain skit dari yang lain.

Order online kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3, postage percuma ya..