Thursday, January 03, 2013

Review Novel : The Wedding Breaker (TWB)

 
Tajuk : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Harga : RM 25.00
Penerbit : Penerbit Karyaseni
Sinopsis / Blurb :
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


My Review :
For me novel ni...secukup rencah & rasa..permulaan yg rs macam nk sepak trajang pn ada & pengakhiran yg so sweet. Wlaupn ia hanya sekadar novel tp...tp..ada pengajaran & pengetahuan yg blh diambil..

Bagaimana seorg yg buta hati mengenai agama Islam tp apabila diberi hidayah berubah sehingga mampu menjadi imam utk keluarga.indah sungguh hidayah Allah.

Pengalaman diri sy di Makkah & Madinah menggamit diri & terus terkenang suasana di sna smula.

Garapan suasana di luar ngr membuatkan sy terbayang2 & teruja... bgmn cara ariana rose / adam menasihati pasangan so sweet.begitu juga cara mereka menjatuhkan / mengenakan hukuman.

I think that mau novel ni kna repeat byk kali.hahaha...tahniah...tahniah & tahniah... 5* utk ini. Utk makluman korang, sape yg beli novel ni secara online agak frust pada awalnya sbb nyer NOVEL NI ABIS STOK!!! sedangkan novel ni br dlm seminggu dibuka utk online..tp jgn risau sekarang ni boleh order online semula.. blh order dgn KaryaSeni kat http://www.karyaseni.my/beli-novel.html atau blh beli
kat bookstore juga... Selamat membaca....

2 comments:

Evelyn Rose said...

thanks sya ! thanks jg sbb jumpa pengajaran dalam tulisan picisan eve :)

aisyah said...

sm2 kasih sayang..tggu A380 plak ni..ahaks..