Tajuk : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Harga : RM 25.00
Penerbit : Penerbit Karyaseni
Sinopsis / Blurb :
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum
Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa
bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose.
Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan
gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu
menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya
dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak
kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose
terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya
itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak
terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now.
I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya?
Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu
kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu
dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir
dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat
dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang
ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
My Review :
For me novel ni...secukup rencah & rasa..permulaan yg rs macam nk
sepak trajang pn ada & pengakhiran yg so sweet. Wlaupn ia hanya
sekadar novel tp...tp..ada pengajaran & pengetahuan yg blh diambil..
Bagaimana seorg yg buta hati mengenai agama Islam tp apabila diberi
hidayah berubah sehingga mampu menjadi imam utk keluarga.indah sungguh
hidayah Allah.
Pengalaman diri sy di Makkah & Madinah menggamit diri & terus terkenang suasana di sna smula.
Garapan suasana di luar ngr membuatkan sy terbayang2 & teruja...
bgmn cara ariana rose / adam menasihati pasangan so sweet.begitu juga
cara mereka menjatuhkan / mengenakan hukuman.
I think that mau novel ni kna repeat byk kali.hahaha...tahniah...tahniah
& tahniah... 5* utk ini. Utk makluman korang, sape yg beli novel ni
secara online agak frust pada awalnya sbb nyer NOVEL NI ABIS STOK!!! sedangkan novel
ni br dlm seminggu dibuka utk online..tp jgn risau sekarang ni boleh order online semula.. blh order dgn KaryaSeni kat http://www.karyaseni.my/beli-novel.html atau blh beli kat bookstore juga... Selamat membaca....